fbpx

Kelemahan konsesi dilantik punca banjir kilat berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Kerajaan Perak mengakui terdapat kelemahan syarikat konsesi dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan longkang dan sampah di bandar raya ini hingga menyebabkan banjir kilat berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, perkara tersebut akan diberi perhatian untuk ditambah baik supaya setiap konsesi terlibat melakukan tugas sesuai dengan bajet besar diperuntukkan.

Menurut beliau, permasalahan berkenaan juga turut menjadi isu yang sering dibangkitkan rakyat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing yang sering dilanda banjir.

“Perkara ini telah dibangkitkan Menteri Besar Perak atas banjir kilat yang berlaku di luar bandar dan sekarang yang kerap berlaku di bandar.

“Menjadi perhatian portfolio saya untuk menentukan pelaksanaan konsesi ini agar dapat diperhebat dan diperkasa selari dengan garis panduan dan peruntukan besar yang telah diberikan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohd. Zolkafly berkata, sehingga kini kerajaan telah meluluskan lebih RM100 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa Dua sebagai langkah mengatasi masalah banjir di bandar Ipoh.

Katanya, beberapa anak sungai utama seperti Sungai Pinji akan dinaiktaraf serta didalamkan pada bahagian hilir bagi tujuan menurunkan paras air dan menyelesaikan masalah limpahan air Sungai Rokam dan Sungai Rapat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI