fbpx

Christian Eriksen sekadar pelengkap skuad Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN melengkapkan perpindahan ke United dengan kontrak selama tiga tahun. – AFP

LONDON – Pengulas bola sepak Liga Perdana Inggeris, Danny Murphy mengakui bahawa beliau tidak percaya Bruno Fernandes dan Christian Eriksen memiliki keserasian untuk beraksi bersama dalam skuad Manchester United.

Eriksen, 30, menjadi pemain kedua berjaya ditandatangani oleh United di bawah era Erik Ten Hag apabila menyertai pasukan itu secara percuma, sekali gus menolak peluang untuk kekal di Brentford.

Murphy yang merupakan bekas pemain England percaya, Ten Hag hanya melakukan tindakan bodoh sekiranya menurunkan kedua-dua pemain itu secara bersama kerana mereka berdua dianggap pemain yang tidak mampu membantu benteng pertahanan.

“Saya fikir United hanya akan menggunakan salah seorang daripada mereka. Jika anda fikir mereka akan beraksi bersama-sama, ia mungkin satu kesilapan kerana United akan berdepan kesukaran jika berdepan pasukan yang lebih pantas dan berstamina tinggi.

“Eriksen dibawa masuk untuk proses penggiliran pemain, mereka memerlukan pemain di bangku simpanan yang mampu memberikan impak seperti Eriksen, tetapi dia tidak akan bermain bersama Fernandes.

“Sesetengah orang lebih gemar melihat Eriksen beraksi, tetapi statistik tidak menunjukkan bahawa dia sedang berada di tahap yang sama di mana Fernandes berada.

“Saya sukakan Eriksen dan mengaguminya berdasarkan aspek kreativiti dan cara dia bermain bola sepak. Dia mampu mengubah perlawanan apabila dimasukkan, tetapi untuk me­ngatakan kehadirannya mampu membuatkan United merapati Liverpool atau Manchester City, saya anggap itu tidak masuk akal,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI