fbpx

Tiket Dewa 19 ‘licin’, konsert di Kuala Lumpur tambah lagi satu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD DHANI mengumumkan penambahan tarikh menjadikan konsert Dewa 19 di Axiata Arena akan berlangsung sebanyak dua malam iaitu pada 9 dan 10 September depan.

PETALING JAYA – Penganjuran Konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19 yang pada awalnya diumumkan berlangsung hanya malam ditambah menjadi persembahan dua malam berturut-turut.

Pengumuman tersebjut sekali gus mengubat ‘kempunan’ peminat yang tidak berkesempatan mendapatkan tiket konsert pada 10 September.

Masih di lokasi sama iaitu Axiara Arena, Bukit Jalil, tarikh tambahan ulang tahun ke-30 Dewa 19 ditambah sehari lagi iaitu pada Jumaat, 9 September 2022.

Berita gembira itu dikongsi pengasas merangkap vokalis band ikonik Indonesia tersebut, Ahmad Dhani menerusi makluman video dalan Instagram (IG) rasmi Dewa 19 iaitu @officialdewa19, awal pagi tadi.

Ahmad Dhani berkata, tiket untuk menyaksikan konsert malam pertama itu dijual mulai jam 3 petang, hari ini melalui laman ticket2u.com.my.

“Gokil (istilah merujuk kepada rasa kagum dan teruja) Malaysia!

“Dalam masa sejam tiket habis dijual. Kami sangat berbesar hati dengan sokongan Baladewa dan Baladewi di Malaysia khususnya Kuala Lumpur.

“Jadi untuk membalas sokongan dan rindu kalian, Dewa 19 akan menambah satu malam lagi untuk Baladewa semua. Konsert akan ditambah pada Jumaat, 9 September 2022 di lokasi sama.

“Dapatkan tiket kalian pada hari ini mulai jam 3 petang di laman yang sama,” katanya dalam hantaran itu.

Pengasas kumpulan berkenaan juga memberi peringatan supaya peminat tegar yang disebut sebagai Baladewa dan Baladewi segera merebut peluang tersebut.

“Kali ini, tolong jangan terlewat lagi membelinya kerana Malaysia adalah satu-satunya lokasi di mana kami muncul dengan dua konsert khas buat kalian,” katanya lagi.

Terdahulu, hanya dalam tempoh sejam saja tiket Konsert Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 habis disambar peminat iaitu sebaik kaunter jualan online dibuka pukul 11 pagi semalam.

Sambutan luar biasa bagi persembahan jelajah mega yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena pada 10 September depan itu membuatkan ramai kecewa.

Begitupun penganjur, Icon Entertainment menyatakan rancangan untuk memenuhi harapan pengikut tegar kumpulan tersebut terutama Baladewa yang meluahkan rasa terkilan menerusi media sosial.

Mereka bimbang terlepas peluang menjadi sebahagian sejarah sambutan ulang tahun tiga dekad Dewa 19 di negara ini selepas tidak dapat merebut tiket yang cepat ‘pupus’.

Terdahulu, hanya dalam tempoh sejam tiket Konsert Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 habis disambar peminat sebaik kaunter jualan online dibuka pukul 11 pagi, semalam.

Sambutan luar biasa bagi persembahan jelajah mega yang dijadualkan berlangsung pada 10 September depan itu membuatkan ramai kecewa.

Sementara itu, penganjuran konsert yang sudah dimulakan sejak Mei lalu di Surabaya, Indonesia, yang juga tempat asal band tersebut adalah simbolik persaudaraan mereka sejak 35 tahun lalu.

Menjelang persembahan di Kuala Lumpur, buat julung kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis mereka iaitu Ari Lasso, Once Mekel, Virzha dan Ello yang berkongsi satu pentas.

Konsert ‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ turut menampilkan beberapa bekas anggotanya termasuk pemain drum, Tyo Nugros. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI