fbpx
SONAKSHI SINHA

Sonakshi Sinha benci ditanya kisah peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON Sonakshi Sinha berterus-terang mengakui tidak gemar menjawab soalan daripada peminat berkaitan soal peribadi.

Ujar Sonakshi, peminat selalu bertanyakan hubungan percintaannya dan ingin ‘mengorek’ tentang perancangannya untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya lebih suka jika peminat bertanyakan hal kerjaya berbanding ingin mengambil tahu tentang kehidupan peribadi saya.

“Tapi nampaknya mereka lebih tertarik tentang kisah peribadi. Mereka ingin tahu segala-galanya yang terjadi dalam hidup saya dan membuat pelbagai spekulasi,” katanya.

Ujar pelakon berusia 35 tahun itu, peminat lebih sibuk untuk mengetahui kisah cintanya berbanding orang tuanya sendiri.

“Orang tua saya sendiri tidak pernah bertanyakan tentang hal ini (cinta) berbanding orang awam,” jelasnya.

POPULAR