fbpx

17 pengunjung pusat hiburan positif dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang kes yang dirampas menerusi tiga serbuan berasingan di premis hiburan sekitar Petaling Jaya malam tadi

PETALING JAYA – Seramai 17 pengunjung sebuah pusat hiburan ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan dijalankan sekitar Sea Park, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan itu dijalankan pada pukul 12.30 tengah malam.

“Hasil pemeriksaan ke atas 76 pengunjung itu mendapati 17 individu terlibat dengan pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Susulan itu, kita turut merampas 42 gram (g) dadah jenis methylenedioxy -methamphetamine (MDMA) dan ketamin seberat 11.5g bernilai RM3,720,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 39(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.

Dalam serbuan berasingan, seorang wanita warga asing yang juga pekerja di sebuah pusat hiburan di Taman Megah di sini telah ditahan pada pukul 11.30 malam tadi.

“Dalam serbuan tersebut, seramai enam wanita tempatan dan 15 pelanggan telah diperiksa dan didapati tiada melakukan kesalahan,” ujarnya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki yang juga penjaga kaunter gagal mengemukakan lesen hiburan dan lesen menjual minuman keras bagi tahun ini.

“Kita telah menahan lelaki itu serta merampas sebanyak 12 botol minuman keras, empat peralatan audio, tujuh keping bil dan wang tunai berjumlah RM1,170,” jelasnya.

Tambahnya, dalam serbuan terakhir seorang lelaki tempatan yang juga penjaga kaunter pusat hiburan di sini telah ditahan atas kesalahan yang sama

“Kita juga telah merampas sebanyak lima botol minuman keras pelbagai jenama, satu keping resit jualan dan wang tunai berjumlah RM525,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI