fbpx

Beto Kusyairy pelakon hebat, versatil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAMA Beto Kusyairy sedang hangat dijulang sehingga semua naskhah lakonannya sebelum ini dikorek netizen.

NAMPAKNYA belum berakhir lagi demam Mat Kilau. Selepas watak Mat Kilau lakonan Datuk Adi Putra dan Awang (Fattah Amin) tular serta jadi kegilaan ramai, kini giliran karakter Wahid yang dijayakan oleh Beto Kusyairy mencuri tumpuan.

Bijak menghayati setiap wataknya dan versatil, itu antara pujian yang menghujani pelakon itu ketika ini dalam media sosial.

Sama seperti Adi dan Fattah, drama serta filem lakonan terdahulunya turut diselongkar semula oleh para peminat sehingga tular dalam TikTok dan Instagram seperti Istanbul Aku Datang! dan KL Gangster Underworld.

Bukan hanya golongan wanita, kaum lelaki turut mengakui meminati dan memuji lakonan hebat Beto terutama dalam sebuah babak ketika dia menyaksikan isteri tercinta, Rokiah (Zarina Zainoordin) dibunuh.

Tidak kurang juga, ada yang memuat naik foto imbau semula ketika Beto menjadi maskot Along suatu ketika dahulu.

Selepas Beto, Adi dan Fattah, giliran siapa pula yang akan tular dalam media sosial?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI