fbpx

Tipu tuntutan Penjana Kerjaya: Kerani antara 3 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penjawat awam merupakan antara tiga individu yang ditahan reman bermula hari ini susulan isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program PenjanaKerjaya

PUTRAJAYA – Tiga lagi individu termasuk seorang kakitangan awam ditahan berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya).

Menurut sumber, permohonan reman ke atas ketua kerani dan dua yang lain dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru dan Mahkamah Majistret George Town pagi tadi.

Di Johor Bahru, Majistret Melody Woon Sze Mun membenarkan seorang kakitangan kerajaan berusia 41 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini.

“Suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada pukul 7.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan,” kata satu sumber di sini hari ini.

suspek dipercayai Menerima wang RM5,000 daripada pemilik syarikat sebagai balasan untuk membantu syarikatnya dalam urusan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Berita berkaitan: 37 ditahan kes tuntutan palsu Penjana Kerjaya

Di George Town, Majistret Rosnee Mohd. Radzuan membenarkan dua lelaki berusia 26 dan 40 tahun direman enam hari sehingga 20 Julai ini.

Mereka berdua ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang pada pukul 6.50 petang dan 7.25 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Suspek dipercayai mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butiran palsu secara online kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut bayaran insentif pengambilan pekerja dan latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim memberiahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan membuat beberapa tangkapan lagi dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI