fbpx

Mufti P. Pinang sokong gantung operasi kelab komedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN SALIM

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor turut menyatakan sokongan terhadap tindakan pergantungan operasi sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur susulan kontroversi persembahan seorang wanita yang didakwa menghina kesucian agama Islam.

Wan Salim berkata, kelab tersebut perlu ditutup sama sekali supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Kenyataan saya sebelum ini agak lembut terhadap kelab komedi berkenaan kerana saya fikir apa yang terjadi mungkin tidak disengajakan.

”Tetapi setelah mengetahui kejadian ini telah berlaku berulang-ulang kali maka ini boleh difahami ia sengaja dirancang untuk menghina agama Islam.

“Justeru saya menyokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak keras ke atas kelab tersebut memandangkan kesalahan yang dilakukannya amat berat dan boleh menjejas kesetabilan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Wan Salim ketika dihubungi memberitahu, satu garis panduan dan kawalan tertentu perlu dilaksanakan pihak berkuasa supaya pemilik dan mereka yang berkunjung ke situ sentiasa memelihara batas-batas moral dan agama.

Terdahulu, tular seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) sekali gus menerima kecaman daripada orang ramai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI