fbpx

Lelaki persenda azan dalam kereta tampil minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang didakwa mempersendakan azan di dalam sebuah kereta semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang didakwa telah mempersendakan laungan azan sewaktu berada di dalam sebuah kereta akhirnya tampil meminta maaf.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Ridha Fhamy, lelaki tersebut membuat permohonan maaf menerusi satu rakaman video selepas beberapa individu mencarinya sehingga ke tempat kerja.

Berdasarkan klip video berdurasi satu minit 56 saat yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki bertatoo di bahagian tangan itu telah meminta maaf atas perbuatannya itu.

“Saya meminta maaf kepada semua dan saya tidak akan buat perkara seperti ini lagi. Minta maaf semua,” kata lelaki tersebut.

Susulan perkongsian tersebut, orang ramai berang dengan perbuatan lelaki tersebut dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap si pelaku.

“Mohon ambil tindakan, JAKIM kena ambik tindakan, benda agama jangan bawa main,” tulis Prima Home .

“Semalam aku tengok dia ni gelak-gelak je nape hari ni buat muka sedih pulak,” soal MD Zulhilmi.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Luqman Hanif.

“Kau jangan mengaku rakyat Malaysia kalau bahasa ibunda sendiri pon tak reti nak cakap,” tegasnya.

Terdahulu tular klip video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang lelaki yang berada di dalam sebuah kereta telah mempersendakan azan sambil menjerit dan bergelak ketawa bersama rakannya.

Perbuatan tersebut telah mengundang kemarahan dan kecaman daripada orang ramai sehingga ramai pihak mahu lelaki itu dicari dan segera dihadapkan ke muka pengadilan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI