fbpx

Beringat-ingat ketika makan daging korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHAMMAD SHAHEMY AZMI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

SETIAP kali tibanya Hari Raya Aidiladha, sudah tentu banyak hidangan berasaskan daging diperoleh daripada pihak yang melakukan ibadah korban.

Pelbagai masakan enak berasaskan daging termasuk organ dalaman seperti hati, limpa, jantung dan perut mengisi kemeria­han sambutan Aidiladha.

Bukan niat menidakkan rezeki oleh Allah SWT, cuma mengi­ngatkan makan daging berlebihan biarlah berpada-pada terutama untuk individu berisiko yang mempunyai masalah kesihatan.

Amalan bersederhana perlu dipraktikkan termasuk dalam diet harian, supaya manfaat agihan daging korban yang diterima tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan seseorang khusus­nya kepada individu yang mempunyai sejarah hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Menurut kajian perubatan, individu yang mempunyai pe­nyakit darah tinggi mempunyai risiko besar mengalami serangan jantung jika mengambil daging merah secara berlebihan.

Bahkan, kajian oleh Penasihat Pemakanan dari Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat, Karen Collins menyarankan pengambilan lemak tepu daripada makanan (daging) tidak boleh melebihi 20 gram sehari.

Hasil penyelidikan yang dijalankan turut mendapati individu yang memakan daging merah secara kerap selama lima tahun berisiko 36 kali ganda untuk mendapat penyakit kanser.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Rehabilitasi Dan Keperluan Khas, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Nur Hana Hamzaid berkata, daging merah termasuk organ dalaman tergolong dalam sumber makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Pengambilan sumber makanan yang mengandungi lemak tepu tinggi perlu dikurangkan kerana boleh menyumbang kepada masalah penyumbatan saluran darah atau istilahnya Ate­rosklerosis.

“Walau bagaimanapun, seseorang itu masih boleh ‘enjoy’ untuk mengambil daging merah yang turut mengandungi keper­luan zat besi untuk badan dengan kaedah yang betul.

“Antaranya dengan membuang semua lemak tepu yang boleh dilihat dengan jelas. Selain itu, pengguna juga perlu tahu menyesuaikan masakan seperti mengurangkan penggunaan santan yang boleh menyumbang kepada peningkatan kadar kolesterol dalam badan,” katanya.

Kajian yang dibuat turut mendapati, kandungan lemak tepu yang terdapat pada organ dalaman adalah lebih tinggi berban­ding daging merah.

Kata Nur Hana, selain memberi risiko kepada masalah jantung, pengambilan organ dalaman secara berlebihan juga berbahaya kepada individu yang mempunyai masalah kandungan asid urik tinggi dalam badan.

“Asid urik yang tinggi boleh menyebabkan masalah sakit radang sendi atau gout. Terdapat segelintir individu tidak me­ngalami gout, namun hasil ujian darah yang dibuat mendapati kandungan asid urik mereka tinggi.

“Maka sebagai langkah berjaga-jaga, kurangkan juga pengambilan organ dalaman daripada haiwan untuk mencegah peningkatan kadar asid urik.

Ujar Nur Hana, tidak salah untuk menikmati sekadar menjamah masakan organ dalaman, cuma hidanglah secara sihat, dan yang paling penting jangan makan secara berlebihan.

“Makan daging tidak salah, tapi sebaik-baiknya makanlah daging ‘leanmeat’, iaitu daging yang telah dibuang lemak tepu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI