fbpx

Orang Asli terima agihan daging korban Maik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Rizam (dua dari kanan) bersama isteri menyampaikan daging korban kepada penduduk Orang Asli di RPS Kuala Betis, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengagihkan daging korban kepada seramai 4,830 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli di 19 buah pos penempatan di negeri ini.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi mengorbankan 72 ekor lembu sempena Program Ibadat Korban di perkampungan Orang Asli bermula Ahad lalu di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini hari ini.

“Sebanyak 13 ekor lembu telah dikorbankan untuk diagihkan kepada Orang Asli di RPS Kuala Betis hari ini.

“Selain itu, Maik juga memberi sumbangan bakul makanan dan wang tunai bagi meringankan beban mereka sempena Hari Raya Aidiladha,” katanya selepas majlis pengagihan daging korban di perkampungan Orang Asli RPS Kuala Betis, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli Kampung Bawek, RPS Kuala Betis, Nor Aleha Adai, 32, berkata, dia bersyukur dengan sumbangan yang diterima selepas dua tahun tidak dapat menjalankan ibadat korban secara besar-besaran.

Katanya, Orang Asli semakin berilmu dalam menjalankan ibadah korban apabila sebahagian golongan berkenaan sudah pandai menyembelih dan melapah daging lembu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI