fbpx

Busana selesa untuk gaya effortless

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rona-rona tanah menjadi pilihan kerana sesuai dipadankan dengan pelbagai warna lain.

Keselesaan merupakan faktor paling utama dalam pemilihan pakaian harian, lebih-lebih lagi jika ia perlu dipakai untuk jangka masa lama.

Selain selesa, ia juga perlulah mudah digayakan atau effortless bagi memudahkan pergerakan harian.

Seorang anak muda tempatan yang cukup menitikberatkan faktor keselesaan dalam pakaian harian kemudian mempertaruhkan jenama KALMHS dengan seleksi busana versatil dan boleh digayakan untuk gaya harian.

Menurut pengasasnya, Najwa Husna Arifin, 24, rekaan yang minimalis dan timeless dengan pemilihan fabrik ringan merupakan elemen penting KALMHS.

“KALMHS merupakan sebuah jenama lokal yang menitikberatkan keselesaan dalam rekaan dan pemilihan fabrik.

“Bertemakan minimal, timeless dan versatil, KALMHS mempertaruhkan pakaian yang mudah digayakan oleh sesiapa sahaja, sama ada lelaki mahu pun wanita,” ujarnya.

Koleksi terkini dengan motif garisan ringkas sesuai buat mereka yang gemar gaya minimalis.

Fabrik ringan dan tidak panas yang dipilih menjadikan busana itu sesuai digayakan dalam keadaan cuaca di negara ini.

Bercerita tentang inspirasi penubuhan KALMHS, Najwa berkata, ia timbul daripada keinginannya sendiri untuk membina capsule wardrobe.

“Saya mahu mewujudkan pakaian yang bersifat perlu ada dalam koleksi setiap orang.

“Warna yang bertemakan tanah atau earthy serta rekaan yang bersifat timeless menjadi pilihan utama kami untuk setiap keluaran. Dengan ini, pakaian tersebut mudah digayakan dan mampu diulang pakai tanpa jemu,” ujar anak kelahiran Melaka itu.

Material knitted yang lembut dan selesa menjadi taruhan KALMHS.

Rona-rona tanah merupakan pilihan tepat memandangkan sifatnya yang neutral, menjadikan ia sesuai dipadankan dengan apa sahaja warna.

Jenama itu sudah pun menghasilkan 11 koleksi termasuk pakaian wanita, lelaki dan koleksi bermusim yang diberi nama #ULANG2022 dan #GARIS2022, yang merupakan koleksi terbaharunya.

Bagi koleksi tersebut, rekaan yang dipertaruhkan adalah busana seperti baju dan seluar dengan motif bergaris untuk lelaki dan perempuan.

Malah, rekaan kegemaran Najwa adalah set busana knitted loungewear yang dihasilkan menggunakan fabrik tidak perlu digosok.

“Ia sesuai untuk wanita di setiap peringkat umur kerana set baju dan skirt ini tidak terhad digayakan sebagai kasual sahaja, malah boleh diperagakan sebagai semiformal,” jelasnya.

Memandangkan pertaruhan pertamanya mendapat sambutan menggalakkan daripada penggemar gaya itu, KALMHS mahu terus mengekalkan identiti sama bagi koleksi seterusnya dan mungkin akan bermain dengan lebih banyak fabrik lain seperti linen, kain kapas dan juga rayon.

Selain itu, tarikan pada jenama itu juga terletak pada harganya yang berpatutan.

Setiap set pakaian dihasilkan berharga kurang daripada RM200 bagi menjadikannya sebagai set pakaian mampu milik.

Setiap koleksi boleh dibeli menerusi laman web https://kalmhs.niaga.place/ dan juga dengan melayari Instagram
@KALMHS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN