fbpx

Tinggal sehelai sepinggang menjelang Hari Raya Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Saifulnizam sayu melihat keadaan rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Kerinting, Gua Musang petang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kegembiraan enam beranak untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bertukar duka apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kerinting di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu menyebabkan Mohd. Saifulnizam Yahya, 44, bersama isteri dan empat anak tinggal sehelai sepinggang selain turut mengalami kerugian mencecah RM150,000.

Mohd. Saifulnizam yang bekerja sebagai juruteknik berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya petang semalam.

Menurutnya, dia yang ketika itu sedang bekerja terus untuk pulang dan mendapati rumah yang menjadi tempat tinggalnya bersama keluarga sejak tujuh tahun lalu sudah hangus terbakar.

“Semua kelengkapan rumah termasuk persiapan sambutan Aidiladha musnah. Saya tetap bersyukur apabila isteri dan empat anak termasuk seorang bayi berusia setahun empat bulan selamat dalam kejadian itu.

“Isteri saya memaklumkan, kebakaran bermula dari pintu depan sebelum ia merebak membakar seluruh rumah. Selain itu, kereta Proton Persona yang digunakan oleh kami sekeluarga turut terbakar dalam kejadian tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI