fbpx

Perintah berkurung dilanjutkan sehingga 24 Julai depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perintah berkurung membabitkan kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini bakal dilanjutkan bermula 10 Julai sehingga 24 Julai depan. - Foto: Laman Sosial-

KOTA KINABALU – Perintah berkurung membabitkan kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini bakal dilanjutkan bermula 10 Julai sehingga 24 Julai depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung berkenaan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Perintah berkurung ini dilanjutkan untuk memastikan kawasan perairan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

“Maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh ke kawasan perairan negeri ini untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan yang lainnya.

“Oleh itu, orang awam yang tinggal di kawasan terbabit dilarang menghampiri atau berada di kawasan yang diisytihar antara pukul 6 petang hingga 6 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan sama, Idris memaklumkan perintah yang dijalankan mampu menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI