fbpx

JPJ cadang beri penghargaan kepada pemberi maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Janagarajan (kiri) bersama Hanif Yusabra (kanan) sedang memeriksa tayar hadapan sebuah bas ekspress sebelum memulakan perjalanan di Terminal One, Seremban, hari ini. - FOTO : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang akan memberikan penghargaan kepada pemberi maklumat berkenaan kesalahan jalan raya di dalam aplikasi JPJ Info melalui e-Aduan@JPJ.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, M. Janagarajan, pihaknya telah berbincang berkenaan perkara itu bagi menggalakkan orang ramai bantu JPJ mengesan kesalahan.

Katanya, beliau mengharapkan orang ramai menyalurkan maklumat kepada JPJ secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Namun sejak e-Aduan@JPJ ini diperkenalkan kita telah menerima lebih 1,000 aduan di seluruh negara yang mana sistem aduan ini lebih cepat dan mudah.

“Bagaimanapun masih ramai orang awam tidak mengetahui berkenaan sistem itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI