fbpx

Wanita meracau, mengamuk dalam sesi ceramah Ustaz Kazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sesi ceramah Ustaz Kazim yang terpaksa dihentikan ekoran insiden mengejut itu.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman pendek memaparkan insiden seorang wanita secara tiba-tiba meracau sambil mengeluarkan kata-kata kesat sewaktu menghadiri sesi ceramah yang disampaikan pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias.

Beliau yang mesra dipanggil Ustaz Kazim bagaimanapun terpaksa menamatkan sesi ceramahnya gara-gara kejadian tidak diduga itu.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial itu, kedengaran suara Ustaz Kazim meminta beberapa orang awam membantu mengawal wanita tersebut.

“Pegang sekejap ya, ada mak cik tidak sihat dalam kelas kita, kita hentikan sampai sini dulu,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya mendoakan agar Ustaz Kazim terus kuat menghadapi ujian yang mendatang.

“Ya Allah, kau lindungilah Ustaz Kazim dan sembuhkanlah dia dari penyakit yang dihadapi,” kata seorang pengguna.

“Macam orang hantar sihir, sebab tiba-tiba ada wanita meracau ganggu dakwah Ustaz Kazim, tak dapat hantar ke Ustaz Kazim, mak cik yang ada dalam sesi ceramah pula kena, moga yang berhati busuk itu mendapat pembalasan,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI