fbpx

Syarat belanja RM20, baru dapat minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular didakwa sebuah pasar raya meletakkan syarat belanja RM20 terlebih dahulu sebelum dapat beli minyak masak paket.

PETALING JAYA – Sebuah pasar raya terkenal didakwa meletakkan syarat perlu berbelanja RM20 terlebih dahulu sebelum dapat membeli minyak masak peket.

Menerusi satu video yang tular di media sosial hari ini, sebuah pasar raya terkemuka telah meletakkan syarat mengarut bagi pelanggan yang mahu mendapatkan minyak masak.

Menurut video tersebut, seorang pelanggan mendakwa penjaga kaunter pasar raya terbabit telah menyembunyikan minyak masak yang ingin dibelinya.

“Mana ada syarat macam ni, saya tidak kira saya nak beli minyak masak juga. Mana ada kena belanja RM20 dulu baru boleh beli minyak.

” Saya orang Malaysia, saya nak beli juga saya tidak kira, ” jelas perakam video itu.

Rata-rata orang ramai juga turut tidak bersetuju dengan syarat yang diletakkan pasar raya tersebut dan meminta agar pihak berkuasa memantau perkara itu dengan segera.

“Video dah ada, apa lagi tunggu serbu sahaja jenis kedai macam ni. Apa hak dia letak syarat bodoh begitu,” jelas Hizami Mad.

“Boleh pula letak syarat macam tu, habis tu mana hak orang kita, minyak masak peket memang untuk rakyat.

“Cerdik betul tauke pasar raya ni, kerja nak untung saja orang ramai tengah susah ni semua harga benda naik, ” jelas Issey Chiku 2. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI