fbpx

MBI kendalikan empat lori sampah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi (dua dari kiri) sewaktu menyempurnakan majlis pelepasan dua buah lori sampah compactor di pekarangan Bangunan MBI di Ipoh hari ini.

IPOH – Empat buah lori sampah compactor baharu akan dioperasikan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi meningkatkan lagi kecekapan operasi kutipan sampah.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pembeliannya melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.7 juta dengan kenderaan diterima secara berperingkat-peringkat.

Menurut beliau, penggunaan kenderaan tersebut akan membantu mengatasi isu kutipan sampah di sekitar Bandar Raya Ipoh.

“MBI ketika ini mempunyai 19 buah lori compactor tetapi sebahagian besarnya telah rosak dan tidak boleh bergerak.

“Jadi dengan ada dua lori compactor baharu ini kita dapat memperkemaskan lagi kecekapan operasi kutipan sampah dan pada masa sama meningkatkan imej Bandaraya Ipoh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyempurnakan majlis pelepasan dua buah lori sampah compactor di pekarangan Bangunan MBI di sini hari ini.

Pada masa sama, Rumaizi berkata, baki dua buah lagi kenderaan sama pula akan diterima dalam masa terdekat, sekali gus melengkapkan perancangan menambah baik operasi kutipan sampah.

Setiap buah kenderaan tersebut yang bernilai RM443,000 seunit menggunakan kerangka buatan Hino itu berkapasiti 19 tan dengan muatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI