fbpx

Joo Min-ha, Yoo Il kahwin 17 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOO Min-ah bakal berkahwin dengan Yoo Il pada 17 Julai ini.

PELAKON Joo Min-ha mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya yang merupakan bekas anggota kumpulan 5urprise, Yoo Il.

Menurut laporan media Korea Selatan, pasangan yang bercinta selama empat tahun itu telah memilih 17 Julai ini sebagai tarikh perkahwinan mereka.

“Bakal pengantin lelaki mempunyai aura yang hebat dan dia seorang yang positif. Saya gembira dapat berkahwin dengan orang yang hebat,” kata Min-ha ringkas.

Sementara itu, Yoo Il menerusi temu bual bersama turut melahirkan rasa gembira kerana dipertemukan jodoh dengan wanita yang baik.

“Dia adalah kenalan yang saya kenal sejak dahulu lagi. Seorang yang pandai memasak dan sangat berdikari. Dia juga membuatkan saya selesa apabila bersamanya.

“Secara jujurnya saya berasa sangat gembira dan bersyukur mendapat restu untuk mengahwininya,” ujar Yoo Il.

Sekadar info, Yoo Il telah pun meninggalkan kerjaya dalam bidang seni dan kini bergelar usahawan dalam perniagaan diceburi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI