fbpx

OPR naik, kos pinjaman meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BNM berpandangan bank-bank pusat akan terus membuat pelarasan dasar monetari bagi mengurangkan tekanan inflasi berikutan harga komoditi tinggi dan permintaan kukuh. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peminjam bank perlu membayar kos lebih tinggi untuk pinjaman bukan berkadar tetap apabila mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membuat keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR).

BNM mengumumkan OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada dua peratus kepada 2.25 peratus.

Kali terakhir kadar OPR dinaikkan adalah pada 11 Mei lalu, daripada 1.75 peratus kepada dua peratus.

Untuk tahun ini, mesyuarat MPC BNM bakal diadakan sebanyak dua kali lagi iaitu pada 7 hingga 8 September dan 2 hingga 3 November depan.

Sepanjang krisis Covid-19, OPR dikurangkan sebanyak 125 mata asas secara kumulatif kepada paras terendah yang belum pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 1.75 peratus, bagi memberi sokongan terhadap ekonomi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI