fbpx

Hujan di sekitar Lembah Klang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang melibatkan daerah Klang dan juga Kuala Lumpur dilaporkan mengalami cuaca hujan pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, keadaan hujan itu juga boleh memasuki Negeri Sembilan melibatkan sekitar daerah Jelebu dan juga Jempol.

“Dijangkakan hujan di kawasan Lembah Klang ini boleh berlarutan sehingga ke tengah hari ini.

“Keadaan juga dijangkakan hujan di kawasan sekitar negeri Johor serta beberapa kawasan di sempadan negeri Pahang dan juga Johor,” katanya dalam laporan cuacanya hari ini.

MetMalaysia berkata, keadaan hujan itu juga kelihatan lebat di sekitar Rompin dan juga di sekitar Bera di negeri Pahang.

“Dijangkakan keadaan hujan tersebut boleh berlarutan sehingga ke petang ini.

“Bagi negeri Sabah dan juga Sarawak pula, tiada hujan kelihatan hampir di semua kawasan kedua buah negeri ini namun sedikit lebat di kawasan perkapalan dan keadaan itu boleh berterusan sehingga ke petang ini,” jelasnya.

Oleh itu katanya, dinasihatkan bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti di luar rumah agar sentiasa menyediakan payung atau baju hujan kerana hujan dilihat boleh memasuki kawasan Negeri Sembilan dan menjelang petang juga hujan boleh memasuki negeri Johor seperti di daerah Segamat, Kluang dan juga di kawasan sekitarnya.

“Manakala di negeri Pahang pula, hujan juga boleh berlarutan pada petang ini di kawasan sekitar tengah dan juga kawasan timur di negeri berkenaan.

“Di negeri Sabah dan Sarawak, hujan masih lagi berpotensi untuk berlaku di tengah dan utara Sarawak termasuklah di sekitar daerah bahagian Ranau, Sabah dan juga di pantai barat dan pedalaman negeri tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI