fbpx

Shah Firdaus merana gara-gara dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH FIRDAUS yakin masih ada masa untuk menjalani latihan semula selepas dijangkiti Covid-19 sebelum menyertai Sukan Komanwel pada penghujung bulan ini.

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakui persiapannya ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada 28 Julai hingga 8 Ogos depan terjejas selepas disahkan dijangkiti Covid-19 bulan lalu.

Shah Firdaus mengakui dia dijangkiti wabak tersebut ketika menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi bulan lalu hingga memaksanya untuk tidak menyertai acara pecut.

Jelas Shah Firdaus, pada mulanya dia terpaksa merahsiakan perkara tersebut selepas bimbang dia mempunyai misi besar pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang hanya berbaki 20 hari sebelum membuka tirai secara rasmi hujung bulan ini.

“Ketika ini saya dalam proses pemulihan kerana ketika ACC, saya disahkan positif Covid-19. Saya mula sedar kerana tidak sedap badan selepas menaiki podium dalam acara keirin.

“Selepas disahkan positif, saya membuat keputusan tidak meneruskan acara pecut kerana ketika itu keadaan badan saya benar-benar tidak sihat dan suhu juga cecah 39 darjah celcius.

“Ini kali pertama saya dijangkiti Covid-19 dan benar-benar mengganggu perjalanan latihan saya. Seminggu saya berhenti menjalani latihan kerana terkesan dengan Covid-19 ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Shah Firdaus menjelaskan, dia akan menjalani latihan semula, namun secara perlahan-lahan kerana keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

“Secara keseluruhan saya positif tetapi ketika ini saya masih batuk dan selsema, tetapi saya yakin masih ada masa untuk jalani latihan semula sebelum ke Sukan Komanwel nanti,” katanya.

Skuad berbasikal menghantar enam pelumba terbaik ke Sukan Komanwel dan mereka yang tersenarai ialah Muhammad Fadhil Mohd. Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri, Anis Amira Rosidi dan Nurul Aliana Syafika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI