fbpx

Cadangan bekerja empat hari seminggu hanya di peringkat kajian sahaja – JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafiq.

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa cadangan waktu bekerja empat hari seminggu adalah di peringkat penelitian serta kajian sahaja.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah berkata, JPA mengambil maklum pandangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) dan pelbagai pihak berhubung cadangan waktu bekerja empat hari seminggu yang telah disiarkan melalui media baru-baru ini.

“JPA sentiasa terbuka untuk mendapatkan input menyeluruh daripada pihak berkepentingan bagi mengkaji secara empirikal kebolehlaksanaan cadangan ini.

“Walaupun beberapa buah negara kini sedang melaksanakan waktu bekerja empat hari seminggu secara percubaan, namun JPA berpandangan bahawa pendekatan ini hendaklah dilihat secara holistik terutamanya dari segi kesesuaian serta keberkesanan terhadap struktur perkhidmatan awam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Shafiq, JPA juga amat cakna akan kesan dan impak pelaksanaan sebarang dasar baharu terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam khususnya ketika kerajaan dalam proses merancakkan semula ekonomi negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“JPA juga sentiasa mengkaji pelbagai aspek dari segi kemudahan, kemajuan kerjaya dan penambahbaikan proses kerja yang menjurus ke arah peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan awam berpaksikan rakyat,” ujar beliau.

Terdahulu, JPA sebelum ini telah menubuhkan satu pasukan khas yang akan mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu susulan terdapat tuntutan daripada beberapa pihak yang inginkan kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI