fbpx
Anggota polis berada di lokasi kejadian tembakan rambang di Highland Park, pinggir Chicago semalam. - AFP

Amerika berdarah lagi, 6 maut, 24 cedera serangan semasa perarakan hari kemerdekaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO – Enam orang terbunuh dan kira-kira 24 yang lain mengalami kecederaan serius dalam kejadian tembakan rambang  semasa perarakan hari kemerdekaan Amerika Syarikat di kawasan pinggir bandar raya Chicago, Highland Park,  dalam negeri Illinois semalam, kata beberapa pegawai.

Polis Highland Park masih memburu penembak. 

Polis mengenal pasti Robert ‘bobby’ crimo iii, 22, sebagai individu yang dicari dan berkata, suspek dipercayai memandu sebuah kereta Honda tahun 2010 berwarna perak. 

“Kami menganggap dia seorang yang amat berbahaya,” kata polis.

Penembak itu dipercayai melepaskan tembakan dari atas sebuah bumbung di mana selaras raifal berkuasa tinggi ditemui, kata polis.

Polis mengkategorikan insiden tembakan itu sebagai tindakan keganasan rambang.

Perarakan tersebut menghampiri penamat apabila serangan berlaku. Orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri dan meninggalkan barisan kerusi yang kosong, kereta sorong bayi dan sandwic tidak habis dimakan.

 Polis bergegas ke arah tembakan yang dilepaskan tetapi penyerang telah melarikan diri, kata Timbalan  Syerif Daerah Lake, Christopher Covelli pada satu sidang akhbar.

Seramai lima orang yang kesemuanya individu dewasa meninggal dunia di tempat kejadian , manakala mangsa keenam menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital.

Seorang mangsa dikenali sebagai Nicolas Telefon, 79 , manakala seorang rakyat Mexico adalah antara mereka yang terbunuh. – Agensi

POPULAR