fbpx

‘Maaf otak saya tak dapat fikir apa-apa’ – Bapa suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Abdullah memeluk besannya, Rosman Ahmad yang masih terkejut dengan kejadian bunuh melibatkan ibu dan anak berusia 2 bulan di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Keluarga kepada suspek yang terlibat dalam pembunuhan melibatkan seorang ibu dan anak lelaki di Kampung Bakar Batu, di sini mengakui terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Adik kepada suspek, Aiman Adam, 18, memberitahu, dia sedang bekerja di sebuah pusat beli-belah di bandar raya ini sebelum dimaklumkan berhubung kejadian terbabit pada kira-kira pukul 12 lebih.

“Saya sedang bekerja ketika itu, sebelum menerima panggilan telefon daripada ibu saya yang memberitahu ada sesuatu perkara berlaku dan dia meminta saya pulang ke rumah dengan segera.

“Apabila sampai, saya terkejut kerana kawasan berkenaan sudah dipenuhi dengan orang ramai, termasuklah sekumpulan pegawai polis,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Tambah Aiman, dia amat terkejut setelah mengetahui apa yang berlaku kerana abangnya yang berusia 26 tahun tidak dikenali dengan sikap panas baran atau mudah marah selama ini.

“Sebenarnya saya terkejut, kerana abang (suspek) bukan jenis pemarah orangnya, dia baik-baik sahaja dan saya tidak pernah dengar mereka ada sebarang masalah dalam perkahwinan,” katanya.

Tambah Aiman, abangnya itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan menjadi harapan keluarga.

Sementara itu, bapa kepada suspek, Adam Abdullah, 55, yang ditemui pula hanya memberitahu dia tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara yang berlaku.

“Maaf, saya tidak mahu berikan sebarang komen kerana otak saya tidak dapat berfikir apa-apa ketika ini,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN