fbpx

Jurujual wanita hilang wang simpanan ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TELUK INTAN – Seorang jurujual pakaian berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM16,500 lesap selepas ditipu individu yang mendakwa dia terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian bermula selepas wanita berusia 31 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur semalam.

Katanya, individu terbabit memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan bayaran bulanan kad kredit namun wanita itu menafikan dakwaan tersebut.

“Panggilan telefon berkenaan kemudian disambung kononnya kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) di mana mangsa dikatakan terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram.

“Terpedaya dengan penipuan itu, mangsa telah menyerahkan butiran perbankan miliknya beserta nama dan kata laluan kepada sindiket dengan alasan memudahkan mereka membuat seliaan dan pemantauan ke atas akaun bank mangsa.

“Maklumat perbankan itu diserahkan kepada seorang lelaki dikenali Suhaimi Ali kononnya daripada Bank Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang dalam akaun bank miliknya dipindahkan secara berperingkat melalui tiga transaksi dengan jumlah keseluruhan RM16,500.

Katanya, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Teluk Intan semalam dan siasatan kes tersebut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI