fbpx

GP Britain: Carlos Sainz sambar petak utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba Ferrari, Carlos Sainz Jr. mencipta kejutan meraih petak pertama GP Britain yang akan berlangsung di Litar Silverstone malam esok. - Foto Twitter Carlos Sainz.

LONDON – Pelumba Ferrari, Carlos Sainz Jr. mencipta sejarah peribadi apabila menduduki petak hadapan buat pertama kali dalam kariernya selepas mendominasi aksi kelayakan Grand Prix (GP) Britain sebentar tadi.

Pada saingan di Litar Silverstone itu, Sainz dilihat berjaya mempamerkan kepantasan tersendiri selepas merekodkan catatan masa 1 minit 40.983 saat untuk meraih petak utama meskipun saingan berlangsung dalam keadaan hujan.

Sainz berjaya menafikan cabaran daripada pelumba utama Red Bull, Max Verstappen yang terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dengan rakan sepasukan dari Ferrari, Charles Leclerc melengkapkan tempat tiga terbaik.

Kata Sainz, kejayaan meraih petak pertama sesuatu di luar jangkaan kerana cuaca hujan dengan keadaan litar yang basah agak menjejaskan sedikit momentum yang diharapkan.

“Saya gembira dapat mencatatkan masa terpantas pada aksi kelayakan kali ini meskipun agak terkejut.

“Namun, jentera kami cukup konsisten sejak sesi ujian bebas lagi dan berharap momentum sama dapat diteruskan pada hari perlumbaan sebenar esok,” kata Sainz.

Pelumba Red Bull, Sergio Perez berjaya menduduki petak keempat manakala wakil tuan rumah yang juga juara tujuh kali daripada pasukan Mercedes, Lewis Hamilton meraih tempat kelima dengan perlumbaan sebenar dijadualkan berlangsung malam esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN