fbpx

54 perkampungan setinggan di JB bakal dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz Ghazi (dua dari kanan) meletakkan logo Johor Bersih sambil diperhatikan oleh Datuk Bandar MBJB Datuk Noorazam Osman (kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohd Jafni Md Syukor (dua dari kiri) pada Majlis Pelancaran Program Johor Bersih 100 Hari di pusat bandaraya Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri merancang untuk memindahkan kira-kira 54 perkampungan setinggan di sekitar bandar raya ini membabitkan seramai lebih 50,000 penduduk ke kawasan yang lebih terancang pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, butiran bagi perkara tersebut sedang dibincangkan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

Menurut beliau, perkara itu bagaimanapun perlu kerjasama beberapa pihak termasuklah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG); Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan juga Pejabat Tanah.

“Kita memang sedang merancang untuk menempatkan semula kira-kira 54 perkampungan setinggan di bandar Johor Bahru ini ke lokasi yang lebih baik.

“Apa-apa isu yang hendak kita perjuangkan perlu kurangkan birokasi dan tingkatkan kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Johor Bersih 100 Hari di Jalan Segget, di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, perancangan untuk menempatkan semula perkampungan setinggan ini sekaligus akan memberi kesan positif kepada tahap kebersihan di kawasan bandar raya Johor Bahru.

Antara penempatan setinggan yang dikenal pasti termasuklah di Kampung Melayu Pandan, Kangkar Tebrau, Plentong, Skudai Kiri, Kampung Sri Purnama dan Kampung Bakar Batu.

Majoriti daripada perkampungan setinggan berkenaan turut dihuni warga asing yang menyumbang kepada pencemaran di kawasan sekitar termasuklah di Sungai Tebrau.

Sementara itu, Onn Hafiz turut memaklumkan kerajaan negeri sedang mempertimbang untuk memberi peruntukan kepada pemilik bangunan sekitar pusat bandar Johor Bahru bagi tujuan pembersihan dan keceriaan bangunan sedia ada.

“Kita sedang bincangkan, tetapi pemilik bangunan seharusnya mempunyai inisiatif sendiri untuk membersihkan kawasan sekitar dan juga melakukan kerja-kerja menceritakan premis mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu MBJB sedang dalam perancangan untuk menyediakan satu pusat penempatan baharu untuk memastikan tiada lagi golongan gelandangan ‘menghuni’ jalan-jalan sekitar bandar raya berkenaan.

Mohd. Noorazam pula memberitahu, pihaknya menganggarkan masih terdapat kira-kira 80 gelandangan yang berada di bandar raya ini pada satu-satu masa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI