fbpx

Wanita Myanmar menangis minta dilepaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang ditahan di sebuah kilang kitar semula dan kilang kayu di Bukit Selambau dekat Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI – Seramai 12 wanita warga Myanmar menangis sambil merayu supaya mereka tidak ditahan dalam serbuan imigresen di
sebuah kilang kitar semula di Bukit Selambau di sini pagi ini.

Mereka merupakan antara 44 warga asing yang ditahan dalam Op Mahir di dua buah kilang kerana disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Dalam operasi itu, turut ditahan dua wanita iaitu warga Indonesia dan China serta 30 lelaki warga Myanmar, China dan Pakistan. Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan 12 wanita Myanmar,11 lelaki dan seorang wanita China, seorang lelaki dan seorang wanita Indonesia serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Bangladesh, India dan Nepal.

Mereka berusia antara 24 hingga 63 tahun dan sebahagian besar daripada mereka dikesan telah lama bekerja di negara ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Kedah (Kawalan), Ketua Penolong Pengarah Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, anggota imigresen Kedah membabitkan 35 pegawai membuat serbuan serentak di kilang kayu arang dan kilang kitar semula di mukim Teloi Kiri di Bukit Selambau di sini.

Katanya, dalam serbuan di kilang kayu dan arang itu, pihaknya menahan lapan lelaki dan dua wanita manakala serbuan di kilang kitar semula seramai 22 lelaki dan 12 wanita ditahan.

“Operasi ini dilakukan sebagai langkah pemantauan dan pemeriksaan selepas tamatnya Program Rekalibrasi Tenaga Kerja pada semalam.

” Selepas melakukan pemeriksaan kita mendapati kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah, visa sudah tamat tempoh serta menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negara ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI