fbpx

Lelaki bunuh saudara albino, jual anggota badan sebagai ‘tangkal’ sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOLONGAN albino telah lama menjadi sasaran pembunuhan di Malawi. - Getty

LILONGWE, Malawi – Seorang lelaki di Malawi didapati bersalah kerana membunuh saudaranya yang menghidap albino untuk menjual bahagian tubuh mangsa sebagai ‘tangkal’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Macdonald Masumbuka, 22, dibunuh oleh saudara lelakinya dan empat lelaki lain di Malawi pada 2018.

Kesemua suspek dijatuhi hukuman melakukan kerja berat seumur hidup ketika perbicaraan berlangsung di mahkamah tinggi Malawi, semalam. 

Dalam pada itu, seorang paderi, seorang pakar herba, seorang pegawai polis dan dua lelaki lain dijatuhi hukuman penjara 30 tahun kerana turut terlibat dalam penjualan bahagian tubuh Masumbuka.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di daerah Machinga pada Februari 2018. Badan dan kepala mangsa ditemui sebulan kemudian, namun dalam keadaan lengan dan kakinya yang telah dikerat.

Bercakap dalam perbicaraan semalam, Hakim Dorothy NyaKaunda Kamanga menyatakan bahawa Masumbuka dibunuh dengan kejam di tanah perkuburan selepas dikhianati oleh orang yang rapat dengannya.

Perbicaraan turut menerangkan bahawa pembunuhan itu dirancang secara teliti.

Golongan albino telah lama menjadi sasaran pembunuhan di Malawi dan beberapa negara lain dalam dan sekitar kawasan Tasik Besar Afrika.

Bomoh-bomoh dikatakan menyebarkan idea bahawa golongan albino memiliki kuasa ajaib. Bahagian badan dan tulang mereka digunakan dalam acara ritual. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI