fbpx

Rider cemas helikopter terbang rendah atas kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ketika helikopter dilihat terbang rendah sehingga menghasilkan angin kuat di kawasan sekitarnya

PETALING JAYA – Sekumpulan penghantar makanan berdepan detik cemas apabila sebuah helikopter dilihat terbang rendah berhampiran mereka.

Menerusi rakaman yang dikongsikan portal Viral Perak di Facebook semalam, keadaan menjadi sedikit huru-hara apabila mereka terpaksa menahan motosikal masing-masing bagi mengelak dari terjatuh.

Bagaimanapun, beberapa buah motosikal yang diletakkan di kawasan berkenaan akhirnya ‘tumbang’ ekoran angin terlalu kuat.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Kampar, Perak susulan latihan yang dilakukan oleh pihak bomba.

“Ingatkan ribut tadi, rupanya helikopter atas kepala, habis jatuh motosikal rider,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan nasib penghantar makanan terbabit serta ada yang mempersoalkan keberadaan mereka di kawasan tersebut

“Benda itni nampak lucu, tapi sebenarnya kasihan kepada rider,” ujar Nora Hifah.

“Rasanya ini helikopter dalam sesi latihan yang dilakukan bomba. Sudah minta orang awam berada lebih jauh dari kawasan, tapi ramai yang nak lihat dari jarak lebih dekat. Dah terbalik motosikal,” kata seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI