fbpx
PERATURAN pamakain skirt mendapat tentangan oleh ibu bapa pelajar. – SWNS

Pelajar lelaki diminta pakai skirt ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sebilangan ibu bapa menyelar peraturan baharu sebuah sekolah di England yang menetapkan bahawa pelajar lelaki boleh memakai skirt tetapi dilarang berseluar pendek ketika cuaca panas, lapor akhbar The Sun semalam.

Ramai ibu bapa sebaliknya meminta sekolah Akademi Tinggi Wymondham di Norfolk itu memperkenalkan pakaian seragam khas untuk musim panas.

Mereka berkata, percubaan membenarkan pelajar lelaki memakai skirt dengan alasan ‘kod berpakaian neutral jantina’ sebagai ‘tidak siuman dan satu diskriminasi’. 

“Semua pelajar sama ada lelaki atau perempuan diberi pilihan memakai sama ada skirt kelabu atau seluar sekolah berwarna kelabu (seluar panjang). 

“Untuk lebih jelas, penetapan kod berpakaian neutral jantina ini adalah bagi memastikan pilihan pakaian adalah adil tanpa mengira jantina,” kata pengetua, Jonathan Rockey di laman web sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, peraturan baharu itu mendapat tentangan ibu bapa pelajar.

“Menawarkan skirt sebagai pilihan bukanlah neutral jantina. Skirt adalah pakaian yang dikaitkan dengan kanak-kanak perempuan. 

“Arus kemodenan menyatakan bahawa tidak mengapa bagi seseorang lelaki memakai skirt, namun ramai kanak-kanak lelaki, malah perempuan juga berasa lebih selesa dan mahu memakai seluar pendek,” kata seorang bapa.

Bagaimanapun, Rockey berkata bahawa pihak sekolah tidak menolak untuk mengemas kini polisi tersebut. – Agensi

POPULAR