fbpx

69 rumah terjejas banjir kilat di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian banjir kilat yang melanda daerah Sik awal pagi ini.

BALING – Sebanyak 69 buah rumah terjejas dalam kejadian banjir kilat yang melanda tiga daerah di negeri ini awal pagi ini.

Kejadian banjir itu melibatkan daerah Baling, Sik dan Padang Terap.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, banjir berlaku berikutan hujan lebat sejak tengah malam tadi.

“Sebanyak 20 buah rumah di lapan kampung di mukim Sik dan Sok dalam daerah Sik terjejas.

“Di daerah Baling pula, sebanyak 42 rumah di sembilan kampung di mukim Baling dan Siong dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, bagi daerah Padang Terap pula, sebanyak tujuh buah rumah di Ladang Sungai Tekai di mukim Naka terjejas.

Tambahnya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

“Cuaca di tiga daerah terlibat telah menunjukkan cuaca baik dan air semakin surut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI