fbpx
Datuk Seri Ronald Kiandee

Mesyuarat khas harga siling baharu ayam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Satu mesyuarat khas akan diadakan esok oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membincangkan isu berkaitan bekalan dan harga siling baharu ayam di pasaran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, mesyuarat yang akan turut disertai oleh pemain-pemain industri penternakan itu adalah susulan keputusan kerajaan supaya harga ayam di pasaran tidak diapungkan.

“Bekalan ayam kekal stabil pada minggu ketiga bulan ini dan mencukupi untuk menampung permintaan bulan semasa.

“Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga akan bersidang pada Isnin ini bagi terus memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dan harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ronald berkata, kerajaan akan meneruskan usaha untuk memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia. – KOSMO! ONLINE

POPULAR