fbpx

Cub Prix : Harith catat masa terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Harith (kanan) mencatat masa terpantas pusingan kelayakan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Perlumbaan Terengganu, Kuala Nerus hari ini

KUALA NERUS – Pelumba Tobaki Pink Racing Team, Md. Harith Farhan Baharin mempamerkan aksi meyakinkan pada pusingan kelayakan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Perlumbaan Terengganu hari ini.

Beliau mencatat masa terpantas sepusingan 51.616 saat (s) bagi saringan Kumpulan A mengatasi pendahulu kategori pelumba, Md. Hafiza Rofa yang mencatat masa 0:51:819s di tempat kedua.

Seorang lagi pelumba Tobaki Pink Racing Team, Saiful Azhary Muhamad pula berada di tempat ketujuh Kumpulan B apabila merekodkan masa 0:52:690s.

Dalam pusingan kelayakan hari ini, 28 pelumba dibahagikan kepada Kumpulan A dan B dengan lima pelumba terpantas setiap kumpulan akan bersaing pada pusingan ‘shootout’ pagi esok bagi menentukan kedudukan grid 10 terbaik untuk perlumbaan pada sebelah petang.

Prinsipal pasukan Tobaki Pink Racing Team, Nur Atikah Azwar berkata, beliau optimis dua pelumba CP125 itu mampu mengekalkan aksi konsisten pada perlumbaan sebenar esok.

“Saya lihat tunggangan Md. Harith lebih positif dan diharap dia dapat meneruskan momentum bersama Saiful dan tiga pelumba kategori Wira,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI