fbpx

Gelombang baharu Covid-19 mungkin lebih awal dari jangkaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin melawat Klinik Pakar Hospital Rembau, Negeri Sembilan hari ini.

REMBAU – Malaysia berkemungkinan menghadapi gelombang baharu Covid-19 lebih awal berbanding jangkaan dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jangkaan itu bukan bertujuan menakut-nakutkan rakyat, sebaliknya sebagai langkah pencegahan.

“Kita melihat bahawa mungkin dalam beberapa minggu akan datang, sekiranya kita tidak mengambil langkah berhati hati kes akan semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perkhidmatan Otorinolaringologi ORL dan Sleep Lab di Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, sebelum ini kes Covid-19 antara 1,000 hingga 2,000, tetapi sejak beberapa hari lalu sudah melebihi 2,000 kes dan hari ini sebanyak 2,766 kes.

Menurut beliau, kes juga meningkat dengan dua kluster baharu iaitu kluster pendidikan dan kluster pengajian tinggi.

“Semua negeri menunjukkan peningkatan kes dari semalam kecuali Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan menunjukkan sedikit penurunan kes,” katanya.

Jelas beliau, gelombang peningkatan kes telah dinyatakannya dengan jelas semasa pengumuman fasa peralihan sebelum ini.

“Saya telah nyatakan jangkitan akan berlaku, kes akan ada pasang dan surut dan ini adalah pengalaman negara-negara lain di mana mereka berdepan dengan gelombang jangkitan dari semasa ke semasa.

“Yang penting keseriusan gelombang itu dengan kadar kematian, kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) terkawal atau pada paras terendah. Itu maksudnya kita boleh hidup dengan Covid-19,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI