fbpx

P. Pinang laksana kutipan fi di hotel berdaftar 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEOH Soo Hin (dua dari kanan) ketika mengadakan perjumpaan bersama pemain industri pelancongan di Komtar, George Town di sini hari ini. FOTO SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Pulau Pinang akan melaksanakan semula kutipan fi di hotel-hotel berdaftar di negeri itu mulai 1 Julai ini.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) negeri, Yeoh Soon Hin berkata, kadar bayaran fi adalah kekal sama seperti sebelum ini iaitu bagi hotel empat dan lima bintang adalah RM3 (satu bilik / satu malam) dan kadar RM2 (satu bilik /satu malam) bagi hotel tiga bintang dan ke bawah termasuk dormitory, hotel bajet, asrama dan rumah tumpangan.

“Kegiatan aktiviti pelancongan telah rancak semula sejak pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April lalu dan jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Pinang amat mengalakkan.

“Oleh itu, setelah mengadakan perbincangan dengan pemain-pemain industri dan mendapat persetujuan daripada mereka, maka Pulau Pinang akan melaksanakan semula kutipan fi hotel di hotel-hotel berdaftar mulai 1 Julai ini,” katanya pada sidang akhbar di Komtar di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan dan ekonomi kreatif sejak penularan wabak Covid-19, termasuk inisiatif pengecualian fi – hotel sejak 1 Julai 2020 sehingga 30 Jun 2022.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI