fbpx
Gambaran artis bagi pembangunan InterContinental Penang Resorts oleh IHG di Teluk Bahang.

IHG buka InterContinental Penang Resorts pada 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Syarikat pelopor perhotelan dunia, IHG Hotels & Resorts (IHG) meng­umumkan pemeteraian perjanjian ke atas InterContinental Penang Resort dengan usahasama THR Hotel (Penang) Sdn. Bhd., anak syarikat kepada pemilik hotel utama di Malaysia, Tradewinds Corporation Berhad.

Kerjasama itu bakal menyaksikan IHG memperkembangkan portfolio mewah & gaya hidup­nya di Malaysia dengan meng­ubah Mutiara Beach Resort Pulau Pinang di Teluk Bahang, kepada resort pantai mewah di bawah jenama IHG.

Bakal dibuka pada 2025, InterContinental Penang Resort yang terletak bersebelahan perkampungan nelayan Teluk Bahang, Taman Negara Pulau Pinang dan Taman Herba Tropikal Pulau Pinang akan menawarkan pengunjung pemanda­ngan Selat Melaka yang menampilkan pantai pasir putih, air hijau jernih dan latar belakang hutan gunung untuk pe­ngalaman sukar dilupakan.

Timbalan Presiden Pemba­ngunan, Asia Tenggara dan Korea, IHG, Pulau Pinang sebagai sebuah bandar yang kaya de­ngan sejarah dan budaya sentiasa menjadi tumpuan pelancong atau atas urusan perniagaan.

“Kami ingin mewujudkan destinasi resort terbaik di sini, menjadikannya daya tarik kepada semua pengunjung dan memperkukuhkan kehadiran jenama IHG dalam segmen percutian mewah di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Di Malaysia, IHG ketika ini mempunyai enam hotel di bawah tiga jenama iaitu InterContinental, Holiday Inn dan Holiday Inn Express.

IHG komited untuk mengembangkan hartanahnya di negara ini dan mempunyai peranca­ngan melibatkan 10 buah hotel yang bakal dibuka dalam tempoh tiga hingga lima tahun, termasuk Crowne Plaza Kota Kinabalu, Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre, Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park, Kimpton Kuala Lumpur dan Regent Kuala Lumpur.

 

POPULAR