fbpx

Lelaki di India kahwini dua wanita serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandeep mencintai kedua-dua teman wanitanya dan tidak boleh hidup tanpa salah seorang daripada mereka. – India Today

NEW DELHI – Seorang lelaki di India menjadi perhatian ramai apabila mengahwini dua wanita serentak selepas mengaku bahawa dia mencintai kedua-duanya, lapor majalah berita India Today semalam.

Sandeep Oraon mengahwini dua teman wanitanya iaitu  Kusum Lakra dan Swati Kumari dalam satu upacara serba ringkas di sebuah kampung dalam negeri Jharkhand.

Menurut laporan, Sandeep  menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun bersama Kusum sehingga melahirkan seorang anak.

Hubungan mereka bagaimanapun berdepan cabaran selepas  lelaki itu bekerja di sebuah kilang membuat batu-bata di Bengal Barat.

Di situ, dia berkenalan dengan Swati yang turut bekerja di kilang berkenaan. Kedua-dua mereka terus berhubung dan menjadi semakin rapat.

Bagaimanapun, hubungan mereka ditentang oleh ahli keluarga dan penduduk kampung yang menghidu perkara itu.

Selepas beberapa siri pertelingkahan, penduduk memanggil ketua kampung dan membuat keputusan bahawa Sandeep perlu mengahwini kedua-dua teman wanitanya serentak. Tiada sesiapa pun dari pihak keluarga atau penduduk menentang keputusan tersebut.

“Saya mungkin berdepan dengan masalah dari segi undang-undang kerana mengahwini dua wanita serentak, namun saya mencintai kedua-dua mereka dan tidak boleh hidup tanpa salah seorang daripadanya,” kata Sandeep. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI