fbpx

Pesawat India mendarat cemas selepas enjin terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang dikeluarkan dari pesawat sejurus selepas ia mendarat di lapangan terbang di Patna. – PTI

NEW DELHI – Sebuah pesawat penumpang di India terpaksa membuat pendaratan cemas apabila enjinnya terbakar selepas seekor burung merempuh bahagian turbin semalam, lapor akhbar The Sun.

Ketika kejadian, pesawat milik SpiceJet membawa seramai 185 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Patna ke New Delhi.

Namun, juruterbang terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang di Patna sejurus selepas berlepas apabila bahagian sayap pesawat terbakar.

“Penerbangan itu berpatah balik ke lapangan terbang di Patna selepas kakitangan lapangan terbang  menyedari terdapat kebakaran pada sayap kiri pesawat lantas memberitahu pegawai bertugas.

“Semua 185 penumpang dipindahkan  dengan selamat,” kata Majistret Daerah, Chandrashekhar Singh.

Sementara itu, seorang penumpang memberitahu wartawan bahawa dia terdengar bunyi yang datang dari arah sayap.

“Juruterbang membuat pengumuman bahawa terdapat sedikit masalah dan kami akan berpatah balik ke Patna. Ia amat menakutkan,” katanya.

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam berkata, pesawat itu dilanggar oleh seekor burung sebelum enjin kirinya mati. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI