fbpx
Perodua Kembara kembali hangat dalam pasaran tempatan.

Harga Perodua Kembara 4×4 lama makin tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jika sebelum ini dituduh sebagai kenderaan pacuan empat roda (4×4) paling kurang berkuasa, namun kini ia kembali diburu.

Perodua Kembara merupakan kembar kepada Daihatsu Terios di pasaran Jepun ketika ini menjadi buruan penggemar sukan lasak terutamanya 4×4.

Dengan ‘body’ yang kecil, ia mampu untuk mengharungi permukaan jalan tidak rata dan boleh menyelinap ke kawasan-kawasan sukar.

Pada 10 tahun lalu, Perodua Kembara dipandang sepi sehingga harganya turun kepada RM3,000 sebuah, namun ketika ini harga tersebut sudah tidak dijumpai.

Tinjauan di beberapa laman automotif tempatan, harga 4×4 pertama negara itu telah mencecah harga sehingga RM18,000 sebuah.

Difahamkan kenderaan 4×4 ini menjadi pilihan golongan muda kerana kos selenggara yang murah serta memiliki bentuk yang cantik.

Rata-rata orang ramai juga bersetuju harga kenderaan kebanggaan Malaysia itu dipelihara dan seterusnya menjadi ikon kepada kenderaan 4×4 yang lain.

“Memang harga Kembara tinggi sekarang, siapa yang ada tu simpan dan baik pulih semula. Jaga khazanah negara tu, ” jelas Ahmad Faizu.

“Buat masa ni banyak lagi di pasaran, bukan sukar nak cari tapi harga dah mula mahal jika dibandingkan sebelum ini.

” Kalau dulu orang kata Kembara kuat makan minyak, itu sebab jatuh murah. Tapi sekarang harga dah naik,” kata Zulfaiezi. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR