fbpx

Citaglobal cadang miliki CESSB pada harga RM140 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Citaglobal Berhad. (Citaglobal) telah pemeteraian perjanjian pembelian saham (SPA) dengan Tiza Global Sdn Bhd untuk cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. (CESSB) pada harga RM140 juta.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, cadangan pengambilalihan itu dikemukakan dengan jaminan keuntungan bersih agregat sebanyak RM60 juta untuk tiga tahun kewangan penuh berakhir iiatu pada 2022, 2023 dan 2024.

Menurut beliau, bersempena cadangan tersebut, Kumpulan bercadang untuk melaksanakan cadangan pengabungan saham untuk menyatukan setiap lima saham Citaglobal yang dipegang oleh pemegang saham Citaglobal, pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan dan diumumkan kemudian menjadi satu saham Citaglobal selepas selesai cadangan pengambilalihan. 

Jelasnya, ia bertujuan untuk  membawa kepada pelarasan menaik yang sepadan dalam harga dagangan saham Citaglobal dan berkemungkinan mengurangkan situasi turun-naik harga dagangan.

“Selaras dengan objektif dan strategi Citaglobal untuk memberikan pertumbuhan mampan dan penciptaan nilai kepada para pemegang saham, cadangan pengambilalihan akan membolehkan Kumpulan memanfaatkan sumber, kepakaran dan kekuatan Kumpulan CESSB yang diperbesarkan dalam mendapatkan projek dan kontrak.

“Oleh itu, ia akan meningkatkan dan mengukuhkan buku pesanan, kedudukan kewangan serta prospek Kumpulan Citaglobal yang diperbesarkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tambah beliau,  cadangan tersebut akan memberi peluang kepada Kumpulan Citaglobal untuk meningkatkan aliran pendapatannya dengan  jaminan keuntungan juga akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan yang diperbesarkan, seterusnya mencipta nilai bagi para pemegang saham Citaglobal.

CESSB terlibat terutamanya dalam kejuruteraan awam dan perniagaan berkaitan pembinaan dengan memiliki lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam pembinaan, perkhidmatan mekanikal dan kejuruteraan, pengurusan projek dan kemudahan, perundingan pembinaan dan kejuruteraan,telekomunikasi, pembangunan serta penyelenggaraan rangkaian.

CESSB mempunyai nilai buku pesanan yang disahkan berjumlah kira-kira RM193 juta yang mana terdiri daripada pembinaan, pembinaan rangkaian dan projek berkaitan, dan operasi perlombongan pasir. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI