fbpx

BTS umum ‘berpisah’ sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perpisahan sementara ini adalah bagi membuka peluang kepada anggota BTS mengejar kerjaya solo. - Google

SEOUL – Kumpulan K-pop terkenal, BTS mengumumkan akan membawa haluan masing-masing buat sementara waktu selepas sembilan tahun bersama, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Keputusan tersebut diambil agar kesemua tujuh anggota BTS boleh memberi fokus kepada kerjaya solo mereka.

Namun, kumpulan itu yang turut dikenali sebagai BangTan Boys berjanji akan kembali bersatu,  suatu hari nanti.

BTS dianggotai oleh Jungkook (24), Jin (29), RM (27), V (29), Suga (29), J-Hope (28) dan Jimin (26).

“Saya selalu rasakan bahawa BTS berbeza dengan kumpulan lain, namun masalah utama sebagai pemuzik dan keseluruhan sistem idola K-pop adalah anda tidak boleh berkembang dan menjadi matang,” kata RM.

“Kami sudah mencapai tahap di mana setiap seorang mempunyai tujuan dan cita rasa muzik tersendiri dan untuk mencapainya, BTS perlu ‘direhatkan’,” ujar Jimin.

Sementara itu, V pula menegaskan ia bukan perpecahan yang sebenar sambil menambah bahawa mereka akan kembali bersama.

“Apabila kami kembali bersatu, sinergi BTS akan berada di satu tahap berbeza dan tidak akan sama seperti kumpulan K-pop yang lain,” tegas V. 

Ini adalah kali pertama BTS mengumumkan ‘berehat panjang’ tanpa sebarang notis sepanjang karier mereka meskipun pernah beberapa kali mengambil ‘cuti’ dalam tempoh yang dinyatakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI