fbpx

Suara Shuhua untuk mangsa keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUHUA

INSIDEN seorang wanita diserang secara ganas oleh sekumpulan lelaki di China baru-baru ini menuai perhatian netizen sehingga trending di negara tersebut.

Dalam video yang tular, kelihatan seorang lelaki cuba mendekati mangsa yang sedang makan di sebuah restoran tetapi pelawaannya ditolak.

Disebabkan itu, lelaki terbabit berang sebelum mula memukul mangsa sehingga mencetuskan pergaduhan di situ.

Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa kecewa dan amarah terhadap apa yang berlaku kepada mangsa dan berharap perlakuan misogini (kebencian terhadap wanita) harus dihentikan.

Isu tersebut turut mendapat perhatian anggota kumpulan (G)I-DLE iaitu Shuhua yang meluahkan rasa sedih melihat kejadian yang berlaku.

Menerusi Weibo, Shuhua menulis surat terbuka merujuk rasa sedih dan simpati terhadap mangsa.

“Tolong jadi manusia baik. Jangan rendahkan nilai seorang manusia. Saya tak tahulah kalau si jahat itu faham cakap orang.

“Tapi dengar sini ya jahat. Kalau kau tak mulakan (kekerasan dan gangguan), perempuan-perempuan itu tak perlu melindungi diri. Saya menyampah dengan manusia-manusia seperti ini.

“Orang jahat macam mereka masih hidup buatkan saya rasa nak muntah. Pihak berkuasa, tolong buka mata anda dan jangan tunjuk belas kasihan,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI