fbpx

NASA hilang dua satelit taufan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROKET 3.3 Astra berlepas dari Cape Canaveral pada 12 Jun lalu dengan membawa dua satelit pertama TROPICS. - NASASpaceflight LLC/Astra Space Inc.

WASHINGTON – Dua satelit kecil kajian taufan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) gagal memasuki orbit kelmarin apabila enjin roket Astra yang membawanya mati sebelum mencapai ketinggian sepatutnya, kata NASA.

“Selepas penerbangan peringkat pertama, enjin roket atas mati awal dan gagal menghantar dua satelit dinamakan TROPICS CubeSat ke orbit,” kata NASA dalam satu kenyataan di laman Twitter.

NASA menyatakan, satelit TROPICS CubeSat terdiri daripada enam satelit saiz kotak kasut yang akan digunakan untuk mengkaji pembentukan dan perkembangan siklon tropika untuk pemerhatian yang lebih kerap berbanding satelit cuaca sedia ada.

Astra menerima kontrak bernilai AS$7.95 juta (RM35.11 juta) daripada NASA pada Februari 2021 untuk tiga pelancaran dengan setiap satu membawa sepasang satelit TROPICS CubeSat.

Berharap untuk menjadi pemain utama dalam pelancaran satelit kecil, Astra menjanjikan pelancaran lebih kerap dan lebih fleksibel berbanding syarikat yang menggunakan roket besar seperti SpaceX serta Arianespace.

Namun, permulaannya berdepan masalah berulang termasuk roket dua peringkat yang gagal sampai ke orbit.

Pada Februari lalu semasa satu lagi misi NASA CubeSat, roket dua peringkat Astra gagal mencapai orbit selepas perisai yang melindungi satelitnya tercabut.

“Kami kesal kerana gagal menghantar dua satelit pertama TROPICS ke orbit.

“Tiada yang lebih penting kepada kami melainkan keyakinan pelanggan dan penghantaran satelit yang berjaya,” kata ketua eksekutif Astra, Chris Kemp kelmarin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI