fbpx

7 mangsa helikopter terhempas di Itali ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN khas bomba adalah antara anggota penyelamat yang dihantar ke lokasi nahas. - Getty

ROM – Pihak berkuasa Itali menemui tujuh mayat mangsa nahas sebuah helikopter yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan pergunungan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pesawat itu dilaporkan hilang dari radar pada Khamis lalu dan menyebabkan tindak balas kecemasan dijalankan secara besar-besaran. 

Anggota penyelamat telah mengesahkan lokasi nahas dan menemui tujuh mayat semalam. 

Helikopter itu dilaporkan berlepas dari Lucca, wilayah Tuscany dan menuju ke bandar Treviso. Ia terbang melalui kawasan terpencil ketika cuaca buruk sebelum terputus hubungan.

“Penyelamat telah menemui tujuh mayat penumpang helikopter itu, dengan empat daripadanya ialah warga Turki dan dua warga Lebanon,” kata pihak berkuasa.

Juruterbang yang turut terkorban merupakan rakyat Itali.

Serpihan helikopter itu turut ditemui di kawasan pergunungan di sempadan antara Tuscany dan wilayah Emilia Romagna.

Pihak berkuasa telah menutup lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan. Punca nahas bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

Mangsa-mangsa yang merupakan ahli-ahli perniagaan yang menaiki helikopter itu ialah pekerja di syarikat Eczacibasi Consumer Products. Ia merupakan anak syarikat kepada kumpulan perindustrian utama Turki, Eczacibasi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI