fbpx

Timbalan PM Russia tidak mahu nelayan Jepun menangkap ikan di perairan Kuril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UTUSAN Presiden ke Daerah Persekutuan Timur Jauh, Yury Trutnev. - Majlis Persekutuan Rusia/TASS

MOSCOW – Timbalan Perdana Menteri Rusia, Yury Trutnev mengumumkan keputusan Moscow untuk menggantung pelaksanaan perjanjian perikanan dengan Jepun, lapor agensi berita NHK semalam.

Turtnev yang juga bertanggungjawab ke atas rantau Timur Jauh, bercakap kepada pemberita semalam. 

Beliau berkata, Russia akan melucutkan hak Jepun untuk menangkap ikan di perairan berhampiran Kepulauan Kuril yang dikuasai Moscow tetapi dituntut oleh Jepun. Kepulauan itu terdiri daripada empat buah pulau.

Tokyo berulang kali menegaskan bahawa pulau-pulau itu adalah sebahagian daripada wilayah Jepun kerana diduduki secara haram oleh Russia selepas Perang Dunia Kedua.

Trutnev juga mengulangi dakwaan Moscow bahawa Tokyo enggan membayar kuota tangkapan.

Penggantungan pelaksanaan perjanjian itu diumumkan oleh Kementerian Luar Rusia pada Selasa lalu. 

Perjanjian itu ditandatangani pada 1998 untuk membolehkan bot-bot nelayan Jepun beroperasi dengan selamat berhampiran Kepulauan Kuril.

Pada Khamis lalu, Trutnev berkata bahawa Rusia kekurangan wilayah untuk menangkap ikan dan beliau yakin syarikat perikanan Moscow akan menggantikan nelayan-nelayan Jepun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI