fbpx

Perdana Menteri hadir perlawanan Malaysia, Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri hadir menyaksikan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Asia, Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir menyaksikan saingan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini sebentar tadi.

Ismail Sabri yang tiba di stadium berkenaan kira-kira pukul 8.45 malam disambut oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut.

Lebih 60,000 penyokong Harimau Malaya dianggarkan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI