fbpx

An Najwa mahu nikmati angin baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AN NAJWA tidak beraksi bersama Selangor Angels musim ini selepas menerima tawaran daripada Johor Jewels bagi saingan Sooka NSL musim depan. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

PERSOALAN mengenai keputusan goal shooter (GS) kebangsaan, An Najwa Azizan yang berhijrah ke pasukan Johor Jewels pada saingan Sooka Netball Super League (NSL) musim ini akhirnya terjawab.

Bekas pemain Selangor Angels yang merupakan penjaring terba­nyak pada saingan musim lalu me­ngakui, pe­luang untuk me­rasa suasana baharu menjadi an­tara faktor dia menyertai pasukan dari Selatan tanah air itu.

Memandangkan saingan NSL merupakan satu-satunya liga bola jaring yang membenarkan perpindahan pemain, An Najwa berkata, dia tidak mahu mensia-siakan peluang tersebut bagi mencari pengalaman baharu.

“Sebenarnya, pada awal tahun ini memang saya ada terima tawaran daripada Johor Jewels dan bagi saya, hanya NSL merupakan satu-satunya platform yang membenarkan perpindahan pemain ke mana-mana kelab.

“Oleh itu, rasa macam rugi sekiranya tidak ambil peluang tersebut untuk bermain de­ngan pasukan lain. Apabila Johor buat tawaran, memang jawapan saya adalah ya dan di sinilah saya sekarang,” katanya.

Sebagai rekod, An Najwa boleh dianggap sebagai GS terbaik dalam saingan NSL apabila merangkul anugerah penjaring terbanyak musim lalu selain memiliki peratusan jaringan cukup tinggi bagi kempen 2022.

Dalam pada itu, dia juga tidak mahu terlalu dibuai dengan status Johor Jewels sebagai pasukan pilihan kerana menganggap setiap pasukan ada kekuatan tersendiri selain fokus terhadap satu demi satu perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI