fbpx

Keputusan kes saman Teresa terhadap Jamal 26 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERESA (baju putih) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan saman fitnah terhadap Jamal Md. Yunos berhubung dakwaan fitnah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 26 Julai ini bagi keputusan saman fitnah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim terhadap Datuk Seri Jamal Md. Yunos atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau berkaitan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd. Arief Emran Arifin menetapkan tarikh itu setelah peguam Datuk S. N. Nair yang mewakili Teresa memberitahu pihak plaintif menutup kesnya hari ini.

Pada prosiding itu, pihak plaintif mengemukakan keterangan dua saksi termasuk Teresa dan wartawan Malaysiakini, Annabelle Lee.

Terdahulu, Jamal yang juga Ketua UMNO Sungai Besar tidak mengemukakan saksi defendan mahupun menyoal balas saksi-saksi plaintif pada perbicaraan tersebut.

Ketika mahkamah bersidang, Jamal yang tidak diwakili peguam berkali-kali memohon penangguhan atas alasan beliau memerlukan masa untuk melantik peguam baharu mewakilinya.

Jamal memaklumkan, beliau tidak yakin dengan khidmat peguam terdahulu dan menyifatkannya tidak bersungguh-sungguh ekoran pembelaannya ditolak oleh mahkamah.

Ketua UMNO Sungai Besar itu menjelaskan, beliau mempunyai hak untuk mendapat khidmat peguam yang bagus selepas pembelaannya ditolak.

“Saya harap mahkamah benar saya lantik peguam, saya tidak faham prosedur jadi tidak wajar saya jawab soalan mahkamah, saya bukan peguam,” ujarnya.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Arief tidak membenarkan penangguhan atas alasan kes itu sudah mengambil masa lima tahun sejak saman difailkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI